u

u

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH




Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah




Pengetua
Puan Hamizan A. Hamid


Guru Pembimbing




Puan Nor Shuhada Saidi






Puan Noor Azuraidaa A. Aziz




Puan Noor Jamaliah Alias

Cik Hazwin Hamidon



Pengerusi:
Merissa Sofea Zulkurnain

Naib pengerusi:
Nur Hanisah Lakman

Setiausaha:
Nur Diyana Yazeera Yazli

Naib setiausaha:
Farah Nabilah Mohd Firdaus

Bendahari:
Nurul Zalifah Zakaria

Naib bendahari:
Hanis Syamimi Mohd Ariff

AJK Tingkatan 5:
Natasya Qisty Mohd Ridzuan

AJK Tingkatan 4:
Nur Dalila Md Azahari

AJK Tingkatan 3:
Aida Ameera Abdul Raof

AJK Tingkatan 2:
Nurzafirah Syazana Mohd Zalizam

AJK Tingkatan 1:
Aimi Sorfina Salehuddin


Logo Persatuan Bulan Sabit Merah



Lagu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lyrics   :    Tan Sri Dato’ Dol Ramli

Song     :    Dato’ Johari Salleh

















Aktiviti -Aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah

Perkara : Mengenal Jenis-Jenis Anduh

Jenis Balutan Anduh



Pembalut cincin
-Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam.
-Diperbuat daripada pembalut tirus.
-Digunakan untuk menutup luka.



Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan
-Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas tangan. 
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.




Anduh besar/ Anduh lengan
-Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera.
-Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat
ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas.
Fungsi:
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.




APAKAH ITU FIRST AID?


Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, Seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.
Pastikan anda tidak terus menyentuh mangsa, sebaliknya peka dan bertindak pantas menurut keperluan.
 Sekiranya mangsa terkena rencatan elektrik maka pastikan kadar bahaya elektrik yang mangsa hadapi. Sekiranya 240 Volt ke bawah gunakan penebat untuk meleraikan mangsa dari punca rencatan elektrik, seperti baju, tali pinggang dan lain lagi.
    
OBJEKTIF
  • Untuk menyelamatkan nyawa: Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
  • Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk: Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
  • Mendapat bantuan perubatan: Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
  • Balutan: Adalah wajib untuk membalut luka, yang mudah dibuka oleh perawat bertauliah seperti doktor, supaya menghentikan pendarahan dan memastikan luka itu bersih dan terlindung dari luka menjadi bertambah rosak. Pembalut mestilah di antikumankan, di simpan dalam bekas yang ketat dari udara. Ia sewajarnya dibuat dari kain putih, suci dari kekotoran. Tangan harus dibasuh dan dibersihkan sebelum menyentuh luka. Gunakan balutan yang dapat melindungi luka sepenuhnya. Tangani balutan hanya dari sisinya. Tambah pelapik tambahan dan letak ditempatnya dengan pembalut.






LAPORAN MINGGUAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2016

Tarikh : 23 Mac 2016
Minggu peperiksaan Ujian Pertengahan Penggal 1 - Tiada sebarang aktiviti dijalankan

Tarikh : 30 Mac 2016
Minggu 'English Drama' - Tiada sebarang aktiviti dijalankan


Tarikh : 6 April 2016
Aktiviti memakai kain anduh


Tarikh : 4 Mei 2016
Tayangan video dijalankan di Dewan Budiman yang melibatkan semua pelajar Kolej Tunku Kurshiah

Tarikh : 11 Mei 2016
Minggu peperiksaan Peperiksaan Pertengahan Tahun - Tiada sebarang aktiviti dijalankan


No comments :

Post a Comment