u

u

Saturday 30 January 2016

MATLAMAT, FALSAFAH DAN PIAGAM PELANGGAN



Matlamat 

Kolej Tunku Kurshiah mempunyai matlamat untuk memperkukuhkan iman dan ketaqwaan para pelajar demi ketenangan jiwa, kefahaman diri dan kesedaran tanggungjawab. Seterusnya berhasrat untuk mewujudkan individu yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berhemah tinggi serta berfikiran kritis, inovatif, kreatif dan mempunyai ciri-ciri  kepimpinan mulia. Kolej Tunku Kurshiah juga ingin memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk berlumba-lumba mengejar kecemerlangan. Kolej Tunku Kurshiah juga bermatlamat untuk mempertingkatkan iklim sekolah ke arah suasana menyeronokkan dan harmonis demi mewujudkan masyarakat yang lebih komited dan sejahtera.  


Falsafah 

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan dan pembudayaan kegigihan, ketahanan mental serta fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah usaha berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan Negara.  


Piagam Pelanggan  

Barisan tenaga pengajar dan pekerja Kolej Tunku Kurshiah berjanji:
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkelulusan : SPM 100% pelajar lulus semua mata pelajaran; 100% lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah; 60% pelajar cemerlang dalam mata pelajaran elektif Sains dan Matematik; 30% pelajar cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran dan 10% pelajar cemerlang dengan gred A+ dalam semua mata pelajaran.Membentuk peribadi pelajar berasaskan keimanan dan ketakwaan.Menekankan tahap disiplin yang tinggi untuk amalan sepanjang hayat.Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum di semua peringkat.Melahirkan pemimpin dan ilmuan yang mantap bertaraf dunia melalui pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang berwibawa untuk semua pelajar.

No comments :

Post a Comment