u

u

Saturday 30 January 2016

SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN



Unit Beruniform/ Kelab & Persatuan/ Sukan & Permainan


  1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


  1. Memastikan  ada Perlembagaan dan Peraturan.


  1. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.


  1. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti  terkandung dalam Perlembagaan.


  1. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.


  1. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.


  1. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan.


  1. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.


  1. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan.


  1. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan/ Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.


  1. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.


  1. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri dan kebangsaan dengan baik.


  1. Mengiringi ahli  dalam lawatan atau projek yang dijalankan .


  1. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.


  1. Menandatangani Buku /Borang Kehadiran Ahli.


  1. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili .


  1. Menentukan Papan Kenyataan/Portal Maya digunakan dengan sepenuhnya.


  1. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.


  1. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.


  1. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.


  1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.  


No comments :

Post a Comment